Saturday, 16 June 2012

CloudCrowd: Alternatif Buat Duit Terbaik Selain ChurpChurp dan Says

Mungkin kita sudah biasa dengar ChurpChurp dan Says.my . . Kedua-duanya adalah platform untuk menjana duit melalui facebook, twitter, blog dan sebagainya. Tetapi adalah anda pernah mendengar CloudCrowd?


ClouCrowd merupakan satu platform kerja dalam talian yang menyediakan kerja-kerja seperti menulis, mengedit dan kerja-kerja yang lain. Ia diasaskan oleh Alex Edelstein dan Jordan Ritter dan beroperasi di ruang Crowdsourcing. Crowdsourcing sering digunakan untuk menyelesaikan tugas-tugas besar di mana pertimbangan manusia diperlukan seperti mengkategorikan laman web, mengesahkan data dan lain-lain lagi.


Kerja-kerja yang dilakukan akan menggunakan facebook. Klik di [SINI] untuk mendaftar CloudCrowd sekarang!!






Selepas mendaftar dan sebelum melakukan kerja, anda WAJIB mengambil ujian (Credentials Test) tertentu untuk melayakkan anda melakukan task-task yang diberi upah yang tinggi di mana upah yang diberikan adalah di antara $0.01 sehingga $3.00++ mengikut jenis task tersebut. Pada awalnya anda boleh mengambil ujian PEMAHAMAN (klik Available Work > Credentials > Categorization). Ujian ini sama seperti ujian pemahaman yang kita ambil di sekolah dahulu di mana kita akan membaca teks dan memilih jawapan yang sesuai bagi teks tersebut. Perlu diingatkan bahawa anda perlu berhati-hati semasa menjawab ujian ini kerana semakin banyak soalan yang dijawab oleh anda betul, maka semikin tinggi Level (Pemahaman) anda. Untuk ujian Pemahaman, seboleh-bolehnya Level yang anda perlu dapatkan adalah Level 4. Jika Level anda kurang daripada 4, anda masih lagi melakukan task tetapi nilai task tersebut adalah rendah sedikit daripada task bagi level pemahaman yang tinggi. Jangan risau sekiranya Level anda rendah kerana anda boleh mangambil semula ujian tersebut pada setiap minggu untuk 4 kali sahaja.


Untuk melakukan task, sebagai contoh task di dalam kategori "Categorization", anda boleh memilih task yang bersesuai dengan tahap anda dan nilai task tersebut. Contohnya, Task A memerlukan Pemahaman Level 4 dan Credibility 30. Anda hanya boleh memilih bagi menjalankan tugasan tersebut jika anda memenuhi syarat-syarat tersebut. Untuk menjalankan Task A, mula-mula akan klik link laman web yang diberikan, dan baca arahan apa yang tugasan tersebut mahukan. Setiap tugasan diberikan masa 15 minit sahaja namun mengikut pengalaman, anda boleh menyiapkan tugasan-tugasan ini dalam jangka masa 1-3 minit sahaja. Selepas selesai anda perlu send tugasan tersebut. Beri perhatian bahawa anda boleh mengulangi  Task A seberapa banyak yang anda mahukan mengikut jumlah kouta tugasan tersebut (selalunya kouta untuk sesuatu tugasan adalah 100+).


Jika tugasan anda diluluskan, earning akan dikreditkan dalam akaun anda dan nilai Credibility anda juga akan meningkat. Sekiranya tugasan yang anda jalankan ditolak, tiada sebarang earning akan ditolak TETAPI nilai Credibility anda akan jatuh. Ambil perhatian, jika nilai Credibility anda jatuh ke paras 25, akaun CloudCrowd anda akan di letakkan di dalam Probation (anda masih lagi boleh melakukan tugasan dan meningkatkan earning dan Credibility anda). Namun, jika nilai Credibility anda jatuh bawah 25, akaun anda akan terus ditamatkan. Oleh itu, sila berhati-hati semasa menajalankan mana-mana tugasan kerana pihak ClouCrowd sangat-sangat mementingkan ketelitian dalam menjalankan mana-mana tugasan.


Cuba bayangkan, saya telah mendapat dalam $1-$3 sehari dengan melakukan tugasan yang sama sahaja setiap hari dalam masa beberapa jam!! CloudCrowd akan membayar anda SETIAP HARI pada jam 5.00 petang (waktu diorang bukan waktu Malaysia) jika anda menerusi Paypal dan sebagainya walaupun earning anda pada hari itu hanya $0.01!! Jadi, apa tunggu lagi, jom join CloudCrowd sekarang . . 


*p/s: CloudCrowd telah terbukti sebagai salah satu web yang benar dan bukan palsu (scam) oleh ptc-investigation.

Saturday, 9 June 2012

15 Fakta Tentang Mimpi

Bermimpi adalah salah satu pengalaman yang paling menarik dalam kehidupan kita. Ada orang kata, mimpi cuma mainan tidur namun ada juga yang berkata mimpi adalah mainan syaitan.


Mimpi kadang-kala dianggap penting dalam kehidupan. Contohnya semasa Era Rom, yang mana mimpi yang dialami ini dikemukakan kepada Senat Rom untuk dianalis dan ditafsirkan. Mereka mengaggap mimpi ini sebagai mesej daripada tuhan-tuhan mereka. Mereka juga menggunakan mimpi untuk memilih ketua angkatan perang pada waktu tersebut.


Selain daripada itu, mimpi juga merupakan sumber ilham kepada artis-artis (penulis, pelukis, etc) untuk menghasilkan karya-karya agung mereka.


Namun begitu, apa yang kita sebenarnya tahu mengenai mimpi ini? 


Berikut merupakan 15 fakta menarik tentang mimpi.


1. Anda Akan Lupa 90% Daripada Mimpi Yang Anda Alami

  • Dalam masa 5 minit selepas anda bangun, akan telah melupai separuh daripada mimpi anda dan dalam masa 10 minit, akan akan melupai 90% daripadanya. Hanya yang selebihnya sahaja yang anda akan ingati.






2. Orang Buta Juga Bermimpi

  • Orang yang menjadi buta selepas lahir boleh melihat imej-imej di dalam mimpi mereka. Orang yang dilahirkan buta tidak melihat mana-mana imej tetapi boleh juga bermimpi seperti orang biasa namun cuma melibatkan bunyi, bau, sentuhan, dan emosi.



3. Semua Orang Bermimpi

  • Every human being dreams. Jika anda fikir anda tidak bermimpi maka lupakan sahaja segala impian anda.



4. Kita Hanya Akan Lihat Wajah Yang Kita Sudah Tahu Sahaja

  • Minda kita tidak mencipta wajah. Di dalam mimpi kita, kita hanya boleh melihat wajah sebenar manusia yang sebenar yang pernah kita lihat di dalam kehidupan kita yang mungkin kita kenali mereka ataupun tidak. Kita telah melihat beratus-ratus ribu wajah sepanjang hidup kita, jadi otak kita mempunyai bekalan yang tidak berkesudahan untuk digunakan di dalam mimpi kita.



5. Tidak Semua Orang Bermimpi Di Dalam Warna

  • Sebanyak 12% daripada mereka yang boleh melihat bermimpi di dalam hitam putih. Selebihnya pula bermimpi di dalam warna sepenuhnya. Kajian pada zaman dahulu mengatakan mimpi adalah di dalam hitam putih namun kini kebanyakkan mimpi adalah di dalam warna. Kata saintis, hal ini disebabkan oleh pertukaran kepada TV hitam putih kepada TV berwarna (boleh pulak macam tu ye).




6. Mimpi Adalah Simbolik

  • Jika anda mimpi tentang sesuatu perkara, tidak semestinya mimpi tersebut adalah berkaitan dengan perkara itu. Contohnya, jika mimpi mengenai matematik, tidak semestinya ia adalah tentang matematik. Mungkin  ianya boleh mengenai kewangan anda dan sebaginya. Mimpi bercakap dalam bahasa yang sangat-sangat simbolik. Sukar untuk manusia mentafsirkan apa yang cuba disampaikan oleh mimpi.



7. Emosi

  • Emosi yang paling biasa dialami di dalam mimpi adalah kebimbangan. Kita akan lebih mengalami emosi-emosi yang negatif di dalam mimpi berbanding emosi positif.



8. Anda Boleh Bermimpi 4-7 Kali Semalaman

  • Secara purata, anda satu mimpi hanya boleh bertahan selama satu sehingga dua jam sahaja. Selepas itu, mimpi tersebut akan ditukarkan kepada mimpi yang baharu.



9. Haiwan Juga Bermimpi

  • Kajian yang dilakukan terhadap pelbagai jenis haiwan menunjukkan bahawa mereka juga bermimpi. Kajian ini dibuktikan dengan melihat gelombang otak haiwan ketika tidur dan bermimpi adalah sama seperti gelombang otak manusia ketika bermimpi.





10. Badan Menjadi Lumpuh

  • Ketika bermimpi, badan kita akan menjadi lumpuh buat seketika untuk menyekat diri kita daripada melakukan apa yang diri kita lakukan di dalam mimpi seperti berlari, makan dan sebagainya.



11. Mimpi Berkaitan Dengan Keadaan Sekitar

  • Minda kita kadang kala boleh menterjemahkan rangsangan luar yang ada dan menterjemahkannya ke dalam mimpi kita. Ini bermakna, kadang kala di dalam mimpi kita, kita mendengar bunyi daripada realiti dan memadankannya ke dalam sesuatu situasi di dalam mimpi. Contoh seperti kita bermimpi kita sedang mendengar konsert manakala di dunia nyata, bunyi tersebut adalah lagu yang diputarkan di radio.



12. Lelaki dan Wanita Mempunyai Mimpi Yang Berbeza

  • Lelaki cenderung untuk bermimpi mengenai lelaki lain. Kira-kira 70% daripada watak mimpi lelaki adalah lekaki lain. Manakala wanita mempunyai mimpi jantina yang sama rata di antara lelaki dan wanita. Selain daripada itu, mimpi lelaki adalah lebih agresif berbanding wanita.





13. Mimpi Masa Depan

  • Kajian menunjukkan diantara 18-37% manusia pernah mengalami mimpi tentang masa depan mereka dan 70% merasakan bahawa mereka telah mengalami dejavu. 



14. Anda tidak Bermimpi Jika Anda Berdengkur

  • Fakta ini mungkin betul mingkin tidak.



15. Anda Boleh Mencapai Orgasm Di Dalam Mimpi

  • Ops, yang ini tidak boleh dipanjanglebarkan. Anda boleh mencapai orgasm walaupun mimpi anda itu bukan mimpi basah.



  

Thursday, 17 May 2012

Buat Duit Dengan NEOBUX





Jom sertai sekarang !! Kejap lagi saya akan cerita apakah kelebihan Neobux ini dan bagaimana anda boleh buat duit online dengan nya . . Sila tekan banner di atas untuk sertai Neobux !!

Macam mana nak dapat duit dari Neobux?
Senang sahaja. Anda cuma perlu tekan iklan yang dipaparkan . .

Berapa minimum cashout Neobux?
Minimum cashout hanya USD 2 . . yup USD bukan RM

Bagaimana nak dapat bayaran?
Bayaran adalah serta merta!! tak perlu tunggu seminggu ke, 30 hari ke . . Duit akan masuk terus ke akaun paypal anda selepas anda request untuk cashout

Perlu kena invest apa-apa tak?
Tidak perlu langsung

Ada strategi tak untuk tambah earning Neobux?
1. Klik iklan sehingga mencapai USD 3
2. Transfer ke dalam Rental Balance
3. Beli "Rented Referral" (3-5 rented refferal untuk permulaan). Duit yang selebihnya akan digunakan untuk manage referral anda
4. Turn on AutoPay
5. Untuk setiap klik dari referral, anda akan mendapat separuh daripada nilai klik tersebut
6. "Recycle" referral yang tidak aktif kepada referral yang baru
7. Bila earning semakin bertambah, ulang step-step di atas.
8. Dalam masa yang sama, sila dapatkan seberapa banyak Direct Referral yang boleh
9. Apabila wang mencapai lebih daripada USD100, gunakannya untuk upgrade membership kepada GOLDEN (USD90). Duit selebihnya masih lagi akan digunakan untuk manage referral anda.
10. Dengan membeli GOLDEN, earning anda akan lebih mencurah-curah dan inilah masa anda boleh menjana lebih USD100 untuk seminggu/sebulan (mengikut jumlah referral anda yang aktif)

Jadi, tak salahkan kalau mencuba. Anda tidak akan rugi apa-apa bukan???
Sertai sekarang !!

Makan Ini Dan Bukan Itu


tak nampak?? klik gambar untuk besarkan.

2 Saat Penyelamat Nyawa

1. Buang Lemak Dalam Badan



Untuk mengurangkan tahap triglyceride dalam badan anda, silalah makan banyak mangga. Berdasarkan kajian terbaru yang dibuat di Mexico, individu yang makan dalam anggaran secawan mangga setiap hari untuk 30 hari, boleh menurunkan parasa lemak berbahaya ini sebanyak 38%. Bahan kimia yang bernama polyphenol yang terdapat dalam buah ini boleh mengurangkan kadar pengoksidaan.


2. Selamatkan Muka Anda Yang Cantik Itu



Gunakan facial moisturizer dengan SPF15 atau lebih tinggi setiap hari. Menurut kajian yang dijalankan di Australia, ini merupakan strategi terbaik untuk mengurangkan risiko mendapat melanoma dan kanser-kanser kulit yang lain.


3. Cara Cepat Untuk Tidur



Ambil 3 jenis makanan ini sebelum masuk tidur : Madu + Almond + Teh Chamomile !! Ketiga-tiga makanan ini akan membantu anda untuk cepat tidur desebabkan oleh kandungan-kandungan bahan kimia tertentu yang terdapat di dalam makanan tersebut.


Nuffnang Dah Tak Der Duit Ker?


tetibe jer tulis tajuk cam 2 . . meroyan ker aku neh? oh, sudah semistinya tidak la kan . . aku tengok la kan, Nuffnang nie semakin lama semakin kedekut nak mampus !! iklan yang sebetul-betul iklan nya memang payah nak keluar di blog masa waktu-waktu puncak (maksud aku dari pagi sampai la tengah malam) . . kalau iklan xdek, makne nye xdek lah earning dak?? sepanjang dua minggu aku duk perhati Nuffnang nih, iklan-iklan yang menjana duit hanya muncul time kol 1 pagi sehingga la subuh . . masa-masa korang semua dah tido dan xdek orang nak bace blog kita, baru lah iklan Nuffnang keluar . . xke sial bin syaitooon begitu??


aku nie bukan nak mengharap sgt la duit dari iklan-iklan atau berblogging nih . . tapi orang cakap, sambil menyelam, makan pasir kan?? alang-alang dah berblogging, sambil-sambil boleh buat duit kan?? memang la x banyak (akan banyak kalau korang neh blogger yang fufuler meletops) tapi sekurang-kurangnya, ade la jugak daripada xdek kan?? (ok, aku dah xpaham apa yang aku tulis) XD


ok lah, kepada en.Nuffnang, sila jangan buat kami blogger2 nie macam ini jerr . . nanti orang dah xcaye kat korang, baru tahu . . huhu . .

Monday, 14 May 2012

Buat Duit Dengan Adf.ly

Kepada pen-download tegar semua, mesti dah tahu apa itu adf.ly kan? adf.ly merupakan salah satu platform yang digunakan oleh blogger2 untuk menjana wang dengan share link2 mereka di internet, tak kisah lah melalui fb ke, twit-twit tu ker atau di blog . . caranya mudah saja, cuma buka akaun Adf.ly anda di [SINI], then barulah korang boleh start share2 link korang itu . . apabila link anda diklik, adf.ly akan membayar anda mengikut kadar-kadar tertentu (berbeza-beza mengikut negara) dalam Dollar US . . bila jumlah pendapatan anda mencapai USD5, baru lah anda boleh request untuk payment . . bayaran akan dilakukan dengan dua cara sahaja iaitu melalui Paypal dan Alertpay . . bagi Malaysia, lebih baik guna Paypal . . so, apa lagi, meh lah start guna adf.ly . . jangan takut atau risau sebab adf.ly memang 100% akan bayar kepada anda . . tak salah kan kalau mencuba?? orang cakap u got nothing to lose, eh betol ke tidak bi aku tuh? XD


p/s : rasanya korang boleh kot shrink link-link says.my dengan churpchurp tu 
guna adf.ly nie . .