Saturday 16 June 2012

CloudCrowd: Alternatif Buat Duit Terbaik Selain ChurpChurp dan Says

Mungkin kita sudah biasa dengar ChurpChurp dan Says.my . . Kedua-duanya adalah platform untuk menjana duit melalui facebook, twitter, blog dan sebagainya. Tetapi adalah anda pernah mendengar CloudCrowd?


ClouCrowd merupakan satu platform kerja dalam talian yang menyediakan kerja-kerja seperti menulis, mengedit dan kerja-kerja yang lain. Ia diasaskan oleh Alex Edelstein dan Jordan Ritter dan beroperasi di ruang Crowdsourcing. Crowdsourcing sering digunakan untuk menyelesaikan tugas-tugas besar di mana pertimbangan manusia diperlukan seperti mengkategorikan laman web, mengesahkan data dan lain-lain lagi.


Kerja-kerja yang dilakukan akan menggunakan facebook. Klik di [SINI] untuk mendaftar CloudCrowd sekarang!!






Selepas mendaftar dan sebelum melakukan kerja, anda WAJIB mengambil ujian (Credentials Test) tertentu untuk melayakkan anda melakukan task-task yang diberi upah yang tinggi di mana upah yang diberikan adalah di antara $0.01 sehingga $3.00++ mengikut jenis task tersebut. Pada awalnya anda boleh mengambil ujian PEMAHAMAN (klik Available Work > Credentials > Categorization). Ujian ini sama seperti ujian pemahaman yang kita ambil di sekolah dahulu di mana kita akan membaca teks dan memilih jawapan yang sesuai bagi teks tersebut. Perlu diingatkan bahawa anda perlu berhati-hati semasa menjawab ujian ini kerana semakin banyak soalan yang dijawab oleh anda betul, maka semikin tinggi Level (Pemahaman) anda. Untuk ujian Pemahaman, seboleh-bolehnya Level yang anda perlu dapatkan adalah Level 4. Jika Level anda kurang daripada 4, anda masih lagi melakukan task tetapi nilai task tersebut adalah rendah sedikit daripada task bagi level pemahaman yang tinggi. Jangan risau sekiranya Level anda rendah kerana anda boleh mangambil semula ujian tersebut pada setiap minggu untuk 4 kali sahaja.


Untuk melakukan task, sebagai contoh task di dalam kategori "Categorization", anda boleh memilih task yang bersesuai dengan tahap anda dan nilai task tersebut. Contohnya, Task A memerlukan Pemahaman Level 4 dan Credibility 30. Anda hanya boleh memilih bagi menjalankan tugasan tersebut jika anda memenuhi syarat-syarat tersebut. Untuk menjalankan Task A, mula-mula akan klik link laman web yang diberikan, dan baca arahan apa yang tugasan tersebut mahukan. Setiap tugasan diberikan masa 15 minit sahaja namun mengikut pengalaman, anda boleh menyiapkan tugasan-tugasan ini dalam jangka masa 1-3 minit sahaja. Selepas selesai anda perlu send tugasan tersebut. Beri perhatian bahawa anda boleh mengulangi  Task A seberapa banyak yang anda mahukan mengikut jumlah kouta tugasan tersebut (selalunya kouta untuk sesuatu tugasan adalah 100+).


Jika tugasan anda diluluskan, earning akan dikreditkan dalam akaun anda dan nilai Credibility anda juga akan meningkat. Sekiranya tugasan yang anda jalankan ditolak, tiada sebarang earning akan ditolak TETAPI nilai Credibility anda akan jatuh. Ambil perhatian, jika nilai Credibility anda jatuh ke paras 25, akaun CloudCrowd anda akan di letakkan di dalam Probation (anda masih lagi boleh melakukan tugasan dan meningkatkan earning dan Credibility anda). Namun, jika nilai Credibility anda jatuh bawah 25, akaun anda akan terus ditamatkan. Oleh itu, sila berhati-hati semasa menajalankan mana-mana tugasan kerana pihak ClouCrowd sangat-sangat mementingkan ketelitian dalam menjalankan mana-mana tugasan.


Cuba bayangkan, saya telah mendapat dalam $1-$3 sehari dengan melakukan tugasan yang sama sahaja setiap hari dalam masa beberapa jam!! CloudCrowd akan membayar anda SETIAP HARI pada jam 5.00 petang (waktu diorang bukan waktu Malaysia) jika anda menerusi Paypal dan sebagainya walaupun earning anda pada hari itu hanya $0.01!! Jadi, apa tunggu lagi, jom join CloudCrowd sekarang . . 


*p/s: CloudCrowd telah terbukti sebagai salah satu web yang benar dan bukan palsu (scam) oleh ptc-investigation.

No comments:

Post a Comment