Saturday 16 June 2012

CloudCrowd: Alternatif Buat Duit Terbaik Selain ChurpChurp dan Says

Mungkin kita sudah biasa dengar ChurpChurp dan Says.my . . Kedua-duanya adalah platform untuk menjana duit melalui facebook, twitter, blog dan sebagainya. Tetapi adalah anda pernah mendengar CloudCrowd?


ClouCrowd merupakan satu platform kerja dalam talian yang menyediakan kerja-kerja seperti menulis, mengedit dan kerja-kerja yang lain. Ia diasaskan oleh Alex Edelstein dan Jordan Ritter dan beroperasi di ruang Crowdsourcing. Crowdsourcing sering digunakan untuk menyelesaikan tugas-tugas besar di mana pertimbangan manusia diperlukan seperti mengkategorikan laman web, mengesahkan data dan lain-lain lagi.


Kerja-kerja yang dilakukan akan menggunakan facebook. Klik di [SINI] untuk mendaftar CloudCrowd sekarang!!






Selepas mendaftar dan sebelum melakukan kerja, anda WAJIB mengambil ujian (Credentials Test) tertentu untuk melayakkan anda melakukan task-task yang diberi upah yang tinggi di mana upah yang diberikan adalah di antara $0.01 sehingga $3.00++ mengikut jenis task tersebut. Pada awalnya anda boleh mengambil ujian PEMAHAMAN (klik Available Work > Credentials > Categorization). Ujian ini sama seperti ujian pemahaman yang kita ambil di sekolah dahulu di mana kita akan membaca teks dan memilih jawapan yang sesuai bagi teks tersebut. Perlu diingatkan bahawa anda perlu berhati-hati semasa menjawab ujian ini kerana semakin banyak soalan yang dijawab oleh anda betul, maka semikin tinggi Level (Pemahaman) anda. Untuk ujian Pemahaman, seboleh-bolehnya Level yang anda perlu dapatkan adalah Level 4. Jika Level anda kurang daripada 4, anda masih lagi melakukan task tetapi nilai task tersebut adalah rendah sedikit daripada task bagi level pemahaman yang tinggi. Jangan risau sekiranya Level anda rendah kerana anda boleh mangambil semula ujian tersebut pada setiap minggu untuk 4 kali sahaja.


Untuk melakukan task, sebagai contoh task di dalam kategori "Categorization", anda boleh memilih task yang bersesuai dengan tahap anda dan nilai task tersebut. Contohnya, Task A memerlukan Pemahaman Level 4 dan Credibility 30. Anda hanya boleh memilih bagi menjalankan tugasan tersebut jika anda memenuhi syarat-syarat tersebut. Untuk menjalankan Task A, mula-mula akan klik link laman web yang diberikan, dan baca arahan apa yang tugasan tersebut mahukan. Setiap tugasan diberikan masa 15 minit sahaja namun mengikut pengalaman, anda boleh menyiapkan tugasan-tugasan ini dalam jangka masa 1-3 minit sahaja. Selepas selesai anda perlu send tugasan tersebut. Beri perhatian bahawa anda boleh mengulangi  Task A seberapa banyak yang anda mahukan mengikut jumlah kouta tugasan tersebut (selalunya kouta untuk sesuatu tugasan adalah 100+).


Jika tugasan anda diluluskan, earning akan dikreditkan dalam akaun anda dan nilai Credibility anda juga akan meningkat. Sekiranya tugasan yang anda jalankan ditolak, tiada sebarang earning akan ditolak TETAPI nilai Credibility anda akan jatuh. Ambil perhatian, jika nilai Credibility anda jatuh ke paras 25, akaun CloudCrowd anda akan di letakkan di dalam Probation (anda masih lagi boleh melakukan tugasan dan meningkatkan earning dan Credibility anda). Namun, jika nilai Credibility anda jatuh bawah 25, akaun anda akan terus ditamatkan. Oleh itu, sila berhati-hati semasa menajalankan mana-mana tugasan kerana pihak ClouCrowd sangat-sangat mementingkan ketelitian dalam menjalankan mana-mana tugasan.


Cuba bayangkan, saya telah mendapat dalam $1-$3 sehari dengan melakukan tugasan yang sama sahaja setiap hari dalam masa beberapa jam!! CloudCrowd akan membayar anda SETIAP HARI pada jam 5.00 petang (waktu diorang bukan waktu Malaysia) jika anda menerusi Paypal dan sebagainya walaupun earning anda pada hari itu hanya $0.01!! Jadi, apa tunggu lagi, jom join CloudCrowd sekarang . . 


*p/s: CloudCrowd telah terbukti sebagai salah satu web yang benar dan bukan palsu (scam) oleh ptc-investigation.

Saturday 9 June 2012

15 Fakta Tentang Mimpi

Bermimpi adalah salah satu pengalaman yang paling menarik dalam kehidupan kita. Ada orang kata, mimpi cuma mainan tidur namun ada juga yang berkata mimpi adalah mainan syaitan.


Mimpi kadang-kala dianggap penting dalam kehidupan. Contohnya semasa Era Rom, yang mana mimpi yang dialami ini dikemukakan kepada Senat Rom untuk dianalis dan ditafsirkan. Mereka mengaggap mimpi ini sebagai mesej daripada tuhan-tuhan mereka. Mereka juga menggunakan mimpi untuk memilih ketua angkatan perang pada waktu tersebut.


Selain daripada itu, mimpi juga merupakan sumber ilham kepada artis-artis (penulis, pelukis, etc) untuk menghasilkan karya-karya agung mereka.


Namun begitu, apa yang kita sebenarnya tahu mengenai mimpi ini? 


Berikut merupakan 15 fakta menarik tentang mimpi.


1. Anda Akan Lupa 90% Daripada Mimpi Yang Anda Alami

  • Dalam masa 5 minit selepas anda bangun, akan telah melupai separuh daripada mimpi anda dan dalam masa 10 minit, akan akan melupai 90% daripadanya. Hanya yang selebihnya sahaja yang anda akan ingati.






2. Orang Buta Juga Bermimpi

  • Orang yang menjadi buta selepas lahir boleh melihat imej-imej di dalam mimpi mereka. Orang yang dilahirkan buta tidak melihat mana-mana imej tetapi boleh juga bermimpi seperti orang biasa namun cuma melibatkan bunyi, bau, sentuhan, dan emosi.



3. Semua Orang Bermimpi

  • Every human being dreams. Jika anda fikir anda tidak bermimpi maka lupakan sahaja segala impian anda.



4. Kita Hanya Akan Lihat Wajah Yang Kita Sudah Tahu Sahaja

  • Minda kita tidak mencipta wajah. Di dalam mimpi kita, kita hanya boleh melihat wajah sebenar manusia yang sebenar yang pernah kita lihat di dalam kehidupan kita yang mungkin kita kenali mereka ataupun tidak. Kita telah melihat beratus-ratus ribu wajah sepanjang hidup kita, jadi otak kita mempunyai bekalan yang tidak berkesudahan untuk digunakan di dalam mimpi kita.



5. Tidak Semua Orang Bermimpi Di Dalam Warna

  • Sebanyak 12% daripada mereka yang boleh melihat bermimpi di dalam hitam putih. Selebihnya pula bermimpi di dalam warna sepenuhnya. Kajian pada zaman dahulu mengatakan mimpi adalah di dalam hitam putih namun kini kebanyakkan mimpi adalah di dalam warna. Kata saintis, hal ini disebabkan oleh pertukaran kepada TV hitam putih kepada TV berwarna (boleh pulak macam tu ye).




6. Mimpi Adalah Simbolik

  • Jika anda mimpi tentang sesuatu perkara, tidak semestinya mimpi tersebut adalah berkaitan dengan perkara itu. Contohnya, jika mimpi mengenai matematik, tidak semestinya ia adalah tentang matematik. Mungkin  ianya boleh mengenai kewangan anda dan sebaginya. Mimpi bercakap dalam bahasa yang sangat-sangat simbolik. Sukar untuk manusia mentafsirkan apa yang cuba disampaikan oleh mimpi.



7. Emosi

  • Emosi yang paling biasa dialami di dalam mimpi adalah kebimbangan. Kita akan lebih mengalami emosi-emosi yang negatif di dalam mimpi berbanding emosi positif.



8. Anda Boleh Bermimpi 4-7 Kali Semalaman

  • Secara purata, anda satu mimpi hanya boleh bertahan selama satu sehingga dua jam sahaja. Selepas itu, mimpi tersebut akan ditukarkan kepada mimpi yang baharu.



9. Haiwan Juga Bermimpi

  • Kajian yang dilakukan terhadap pelbagai jenis haiwan menunjukkan bahawa mereka juga bermimpi. Kajian ini dibuktikan dengan melihat gelombang otak haiwan ketika tidur dan bermimpi adalah sama seperti gelombang otak manusia ketika bermimpi.





10. Badan Menjadi Lumpuh

  • Ketika bermimpi, badan kita akan menjadi lumpuh buat seketika untuk menyekat diri kita daripada melakukan apa yang diri kita lakukan di dalam mimpi seperti berlari, makan dan sebagainya.



11. Mimpi Berkaitan Dengan Keadaan Sekitar

  • Minda kita kadang kala boleh menterjemahkan rangsangan luar yang ada dan menterjemahkannya ke dalam mimpi kita. Ini bermakna, kadang kala di dalam mimpi kita, kita mendengar bunyi daripada realiti dan memadankannya ke dalam sesuatu situasi di dalam mimpi. Contoh seperti kita bermimpi kita sedang mendengar konsert manakala di dunia nyata, bunyi tersebut adalah lagu yang diputarkan di radio.



12. Lelaki dan Wanita Mempunyai Mimpi Yang Berbeza

  • Lelaki cenderung untuk bermimpi mengenai lelaki lain. Kira-kira 70% daripada watak mimpi lelaki adalah lekaki lain. Manakala wanita mempunyai mimpi jantina yang sama rata di antara lelaki dan wanita. Selain daripada itu, mimpi lelaki adalah lebih agresif berbanding wanita.





13. Mimpi Masa Depan

  • Kajian menunjukkan diantara 18-37% manusia pernah mengalami mimpi tentang masa depan mereka dan 70% merasakan bahawa mereka telah mengalami dejavu. 



14. Anda tidak Bermimpi Jika Anda Berdengkur

  • Fakta ini mungkin betul mingkin tidak.



15. Anda Boleh Mencapai Orgasm Di Dalam Mimpi

  • Ops, yang ini tidak boleh dipanjanglebarkan. Anda boleh mencapai orgasm walaupun mimpi anda itu bukan mimpi basah.